Zunar Kritik Pakatan Rakyat Tak Sedia Ruang Karya

by Harian Malaya on 26 July, 2012

in Info Politik

Share:

Zunar Kritik Pakatan Rakyat Tak Sedia Ruang Karya : Kartunis terkenal, Zunar kritik gabungan pakatan kerana tidak sediakan ruang yang cukup untuk berkarya.

Zulkiflee Anwar Haque, ataupun lebih dikenali dengan nama Zunar berkata demikian ketika membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Zunar Kritik Pakatan Rakyat Tak Sedia Ruang Karya

Dakwa beliau, dengan keadaan sekarang dimana kerajaan pakatan mempunyai  beberapa buah seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, masalah ruang berkarya tidak lagi timbul sepertimana yang dilaluinya ketika mula-mula menyertai perjuangan reformasi pada tahun 1998.

Menurut Zunar, Pakatan Rakyat perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka untuk bekarya.

“Pakatan Rakyat kena sokong artis ni berkarya, ceramah kehulu-kehilir tak beri impak besar.”

“Kita ada Bob Lokman sebagai penulis lirik, Sham Kamikaze boleh buat lagu dan Aisyah pula boleh menyanyi.”

“Kan mantap tu? Rugi kita biarkan bakat artis ini terpendam dengan ceramah setiap malam,” kata Zunar lagi.

Sewaktu beliau mula-mula melukis kartun di Harakah satu ketika dahulu, Zunar menghadapi pelbagai cabaran seperti menerima teguran dan ada pemimpin-pemimpin PAS yang menghalang beliau untuk terus berkarya.

“Pada ketika itu belum pernah ada kartun dalam Harakah, saya yang mulakannya.”

“Ada yang berkata pada saya (kartun) tak sesuai dengan surat khabar kita (PAS) kerana saya dikatakan menghina ciptaan Allah dan ini merupakah kalimah yang popular pada ketika itu.

“Saya melukis kartun hidung besar Tun Dr. Mahathir, memanglah realitinya bukan begitu kerana saya lukis kartun dan bukan potret,” kata Zunar.

Menurut bekas kartunis majalah Gila-Gila, News Straits Times dan Berita Harian itu lagi, kunci utama untuk golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat untuk terus berkarya adalah jangan biarkan minda diri dikongkong oleh parti politik.

“Artis seharusnya tidak boleh dikongkong oleh mana-mana parti politik walaupun menjadi ahli kepada parti tersebut.

“Cuma artis boleh bekerjasama dengan parti politik dalam isu-isu yang sehaluan

“Kehadiran kita (artis) dalam perjuangan ini harus membuka satu dimensi yang lain, itu baru artis.

“Kalau kita juga di pentas politik, apa dimensi atau kelainan yang kita bawa untuk membantu perjuangan ini?” kata kartunis yang dirampas karyanya oleh kerajaan dengan alasan menganggu ketenteraman awam.

Zunar Kritik Pakatan Rakyat Tak Sedia Ruang Karya

5.0

Previous post:

Next post: