17 Ogos 2012 Cuti Umum Sambut Hari Raya

by Harian Malaya on 3 August, 2012

in Info Riadah

Share:

17 Ogos 2012 Cuti Umum Sambut Hari Raya : Tarikh 17 Ogos 2012 [Jumaat]  telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk sekolah yang cuti pada Sabtu dan Ahad.

Sebagai ganti pada cuti umum tersebut, pihak sekolah diminta untuk menggantikan cuti tersebut pada 22 September 2012 nanti.

17 Ogos 2012 Cuti Umum Sambut Hari Raya

Pihak Kementerian juga dilaporkan tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti yang telah didesak oleh beberapa pihak.

Tan Sri Abd Ghafar Mahmud selaku Ketua Pengarah Pelajaran berkata, cuti pada hari Jumaat itu adalah untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai yang pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Ahad 19 Ogos.

Beliau diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekolah diberikan cuti awal bagi memudahkan murid pulang kampung untuk berhari raya bersama keluarga.

17 Ogos 2012 Cuti Umum Sambut Hari Raya | Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: