23,000 Kereta Cherry dan Great Wall Ditarik Dari Pasaran Australia : Sejumlah 23,000 unit kereta China, buatan Cherry dan Great Wall ditarik dari pasaran Australia.
SYDNEY: Kira-kira 23,000 kenderaan buatan China ditarik balik semalam, selepas asbestos ditemui di dalam enjin dan kesatuan menuntut untuk mengetahui bagaimana ia boleh masuk ke negara ini.
Pengimport, Ateco Autmotive mengarahkan semua pengedar kereta Chery dan Great Wall untuk berhenti menjual kenderaan terbabit dan perkembangan itu diperhatikan oleh Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC).
Asbestos ditemui di gasket dalam enjin dan sistem ekzos.
Timbalan Pengerusi ACCC, Delia Rickard berkata, “Asbestos adalah bahan berbahaya dan enjin serta sistem ekzos perlu dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kemahiran dan menggunakan prosedur keselamatan yang betul.” – AFP

