27 tahun cacat penglihatan, pendengaran, dan tidak boleh berjalan


Dari sumber yang admin dapat sepasang suami isteri terpaksa meletakkan anak mereka di bangsal, demi keselamatannya ketika berada seorang diri di rumah. Ibu, Che Rohana Sulaiman, 50 berkata, anaknya, Mohd Shahadan Md Nawi, 27, dilahirkan cacat penglihatan, pendengaran, tidak boleh berjalan dan bisu.



Katanya, anak ketiga daripada 10 beradik ini, masih lagi memakai lampin pakai buang memandangkan dia tidak mampu untuk berdikari. “Shahadan menerima bantuan kebajikan sebanyak RM80 sebulan, dan saya berharap jumlah ini dapat dinaikkan, memandangkan harga untuk mendapatkan lampin terlalu mahal,” katanya.

Bukan itu sahaja katanya, dua anaknya yang lain turut mempunyai penyakit kronik, sehingga memaksanya berulang-alik ke Hospital Pasir Mas, tiga kali seminggu. Rohana berkata, anak kesembilan, Abdul Rahman, 9, disahkan mempunyai penyakit buah pinggang. “Dah lama dia tidak ke sekolah, kerana dia mudah berasa penat akibat rawatan yang diterima. “Begitu juga dengan anak bongsu saya, Mohd Fatihi, 7, juga tidak dapat ke sekolah, kerana mempunyai penyakit uluran sejak kecil,” katanya.

Rohana yang juga seorang suri rumah, terpaksa membelanjakan wang kebajikan sebanyak RM 400, yang diterima untuk keperluan harian, bersama anak-anak yang lain. Katanya, dia akan menghadapi masalah sekiranya, memerlukan perbelanjaan persekolahan dua anaknya yang masih belajar di tingkat satu dan tiga. “Suami saya, Afendi Kamariah, 56, yang bekerja sebagai buruh, hanya mampu mencari rezeki dua kali seminggu, kerana mempunyai penyakit lelah. “Justeru, saya berharap, agar pihak berkenaan dapat meningkatkan bantuan kebajikan, agar ia dapat digunakan untuk persekolahan dan keperluan tiga anak saya yang sakit,” katanya.

1malaysianews amat bersimpati dengan keluarga ini, di harap mereka yang bertanggungjawab dapat memberi bantuan yang sebaik-baiknya

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top