Aiskrim Baskin-Robbins Percuma 8 Ogos: Impian Emas Negara akan TETAP menghadiahkan semua rakyat Malaysia dengan aiskrim Baskin-Robbins secara PERCUMA!
Sebelum ini Impian Emas Negara telah menjanjikan pemberian aiskrim percuma Baskin- Robbins di seluruh cawangannya sekiranya Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas Olimpik pertamanya. Namun begitu, bagi menghargai kesungguhan dan usaha keras para atlet negara yang telah membanggakan nama Malaysia, Impian Emas Negara akan tetap memberikan aiskrim percumanya pada hari Rabu, 8 Ogos 2012 ini di seluruh 61 cawangan Baskin-Robbins (kecuali kios di Pantai Hospital, Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8.00 malam sehingga pukul 10.00 malam.
Untuk maklumat lanjut berkaitan aiskrim percuma Baskin-Robbins oleh Impian Emas Negara, layari www.impianemasnegara.com.my atau www.baskinrobbins.com.my. - Aiskrim Baskin-Robbins Percuma 8 Ogos

