Anak Rini Lemas Tertiarap

by Harian Malaya on 13 August, 2012

in Info Artis

Share:

Anak Rini Lemas Tertiarap : Rini yang baru sahaja menimang cahaya mata kini dikejutkan dengan berita terbaru iaitu anaknya Maryam Joanna binti Johanis lemas tertiarap.

Anak Rini Kritikal – Lemas Tertiarap

Difahamkan, anak Rini lemas akibat tidur tertiarap terlalu lama setelah terjatuh dari katil awal pagi tadi. Kenyataan dari suami Rini,

“Anak kami sekarang berada di Hospital Kajang. Keadaan masih kritikal dan saya berharap agar semua mendoakan yang terbaik untuk anak sulung kami.”

Rini bekas bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) ketika dihubungi oleh media turut berkata,

“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu,” katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.

Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.

“Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

“Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

“Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan,” jelasnya.

 

Anak Rini Lemas Tertiarap  - Hiburan @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: