Anak Rini Meninggal Dunia

by Harian Malaya on 17 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Anak Rini Meninggal Dunia : Takdir tuhan melebihi segalanya, Anak Rini AF akhirnya kembali ke rahmatullah semalam di Hospital Kajang.

Setelah empat hari melalui hari yang sangat kritikal, anak sulung penyanyi program realiti Akademi Fantasia (AF7), Rini akhirnya meninggal dunia di Kajang, semalam.

Maryam Joanna Johanis, yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang. Maryam dibawa ke hospital selepas terjatuh dari katil secara tertiarap.

Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga penyanyi, Isma menerusi laman Twitternya. Menurut Isma ketika menziarahi arwah, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Illahi.

“Walapun beberapa hari sebelum Syawal tiba, namun Rini kelihatan cukup tenang berbanding di awal insiden beberapa hari lalu,” kata Isma.

Rini melahirkan Maryam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi 9 Ogos lalu dengan berat 4.25 kilogram secara pembedahan.

# Diharap Rini sekeluarga redha dengan pemergian anak sulung beliau, Allah lebih menyayangi anak ini. Insyaallah akhirat nanti sudah ada seorang yang menanti ibu dan bapanya disana.

 Hiburan @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: