SELEBRITI terkenal negara Indonesia, Julia Perez ataupun Jupe, baru pulang dari menunaikan umrah bulan lepas.
Mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi Julia Perez, melakukan perkara yang aneh bukan lagi satu masalah baginya.
Terbaru hadapan khalayak ramai, dia telah menari ala ‘striptease’ di sebuah tiang lampu di Gatot Subroto, Jakarta Selatan.
Menurut laporan detikoto, perkara ini dilakukan oleh Julia Perez semata-mata dia mahu menunaikan nazar (janji) yang telah dibuatnya sebelum ini.
Dalam kenyataannya Jupe sebelum ini berkata, “Kalau saya sampai satu juta follower di Twitter saya akan strip di lampu merah.”
Dan 7 Ogos baru ini menjadi saksi apabila pengikut Jupe di laman Twitter-nya telahpun mencapai 1 juta. Aksi Jupe yang mengghairahkan itu telah menarik pandangan ramai khususnya pengguna lalulintas, namun bernasib baik tiada kemalangan dilaporkan dalam kejadian itu.
Walaubagaimanapun, Jupe turut memberitahu dia merasa malu untuk melakukan perkara itu namun dia harus mengotakan janjinya agak tidak dianggap penipu oleh para peminatnya.
“Saya nggak mau dibilang bohong. Takut saya dibilang sarap.” jelas Jupe.


