Artis lelaki kacak ponteng puasa : Satu desas desus mymetro di ruangan soseh soseh mengatakan seorang artis lelaki kacak ponteng puasa.
Sama ada benar atau tidak artis lelaki kacak tersebut ponteng puasa, mari kita baca dulu sampai ke akhir tulisan di mymetro ini.
Saban tahun, ada saja cerita artis ponteng puasa. Kalau artis wanita, SS fahamlah mereka boleh uzur tetapi jika membabitkan artis lelaki, memang SS rasa susah nak terima.
Dulu pernah berlaku ada artis yang makan secara terbuka tanpa segan silu di lokasi penggambaran. Ini memang memalukan masyarakat.
Terbaru SS dengar cerita mengenai seorang pelakon kacak yang tidak berpuasa. Ia terjadi di sebuah lokasi drama popular baru-baru ini. Kenapa jadi begitu, tidak segan dengan mata lain yang memandang?
Selidik punya selidik, sahlah cerita ini benar belaka namun katanya ada sebab-musabab kenapa artis itu tidak berpuasa.
Menurut sumber, artis kacak itu diserang demam panas dan doktor memberikan ubat kepada untuk makan dan pulang berehat. Katanya lagi, doktor berpesan agar artis itu minum banyak air masak.
Namun disebabkan artis itu mahu juga siapkan tugasnya, dia akhirnya makan ubah dan mengalas perut di lokasi penggambaran terbabit. SS difahamkan, drama itu akan disiarkan di kaca TV pada Aidilfitri nanti.
Cuma dalam hal ini SS berharap kalau boleh artis itu janganlah makan dengan selamba di di depan orang takut pula orang tuduh dia sengaja ponteng puasa.
Satu lagi SS nak pesan, gantikan puasa itu dengan segera yang boleh selepas hari raya nanti.
Artis lelaki kacak ponteng puasa | Info Riadah @ Forblogger


{ 1 trackback }