Ayu Raudhah Kini Bertudung

by MediaKini on 13 August, 2012

in Info Artis

Share:

Ayu Raudhah Kini Bertudung: Pelakon jelita, Ayu Raudhah kini telah membuat keputusan untuk terus bertudung.

Semakin hari semakin ramai artis wanita Malaysia yang menukar imej mereka kepada lebih sopan iaitu bertudung. Kali ini giliran Ayu Raudhah pula mengikuti jejak artis seperti Abby Abadi, Irma Hasmie dan Wardina yang terlebih dahulu berhijrah.

Menurut Ayu Raudhah yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha , dia sudah lama berhajat untuk bertudung, namun hatinya baru terbuka apabila pulang dari mengerjakan umrah, awal Ogos lalu.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini,”

Ini merupakan pentanda baik buat industri seni tanah air. Semoga lebih ramai artis yang mengikuti jejak mereka yang sudah berhijrah. - Ayu Raudhah Kini Bertudung

5.0

Previous post:

Next post: