PELUMBA trek berbasikal sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang kali ini gagal memperbaiki pencapaiannya apabila menamatkan saingan dengan kedudukan tempat kelapan dalam acara pecut lelaki Sukan Olimpik 2012 di Velodrom London di sini, semalam.
Pencapaian pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 24 tahun itu mengulangi kedudukan yang diraihnya pada Sukan Olimpik Beijing empat tahun lalu.
Mohd Azizulhasni yang yang mendapat jolokan ‘The Pocketrocketman’ hari ini tumpas dalam dua perlumbaan kepada Jason Kenny (pelumba Britain) yang juga pemegang rekod Olimpik acara itu pada saingan suku akhir.
Pada sesi kelayakan, Kenny mencatat rekod baru di Olimpik London dengan masa 9.713 saat untuk memadamkan rekod lama 9.815s yang telah dicatatkan rakan senegaranya, Chris Hoy semasa Olimpik Beijing 2008.
Pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga kelapan, Mohd Azizulhasni gagal menyinar apabila menduduki tempat terakhir dan kelapan dalam kalangan empat pelumba, di belakang pelumba Rusia, Denis Dmitriev, Jimmy Watkins (Amerika Syarikat) dan Robert Forstermann (Jerman).
Datuk Naim Mohamad selaku pengurus pasakun berkata, selepas gagal di suku akhir, jurulatih John Beasley menasihatkan Azizulhasni supaya jangan terlalu mengerah tenaga pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga lapan itu.
“Kami mahu beliau (Mohd Azizulhasni) mendapat rehat yang cukup dan kembali bertenaga dalam acara keirin pada Selasa,” jelasnya – SUKAN @ forblogger.net.


{ 1 trackback }