Aznil Anggap Kes Kecurian Satu Dugaan

by Harian Malaya on 5 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Aznil Anggap Kes Kecurian Satu Dugaan : Aznil Nawawi, menganggap kes kecurian yang berlaku baru-baru ini satu dugaan kepada beliau dan keluarganya.

Menganggap kes kecurian yang berlaku dirumah beliau di Taman Yarl baru-baru ini satu dugaan menjelang Syawal, Aznil juga mengakui keluarganya sedikit trauma dengan kejadian tersebut.

Aznil Anggap Kes Kecurian Satu Dugaan

Bagaimanapun ujarnya, apa yang lebih penting ialah ibu dan dua oraang pembantu rumahnya tetap selamat biarpun mengalami kerugian akibat dirompak berjumlah RM40,000.

Menurut Aznil, sewaktu kejadian beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama Astro, manakala adik, isteri dan anaknya Riqi pergi berbuka puasa diluar, yang tinggal dirumah hanyalah ibu dan dua orang pembantu rumahnya sahaja.

Sewaktu dimaklukan rumahnya dipecah masuk, Aznil bergegas pulang kerumah dan berterima kasih kepada pihak polis yang telah tiba lebih awal dan sedang melakukan pemeriksaan cap jari. Tambah Aznil, dipercayai perompak yang memecah masuk dirumah beliau lebih dari dua orang.

Selepas kejadian, Aznil mengambil pendekatan lebih aktif dalam mempertingkatkan keselamatan rumahnya.

Aznil Anggap Kes Kecurian Satu Dugaan - Info Riadah @ Forblogger

 

5.0

Previous post:

Next post: