BAM Pertimbang Rombak Pasangan Bergu Utama

by Harian Malaya on 8 August, 2012

in Info Sukan

Share:

BAM Pertimbang Rombak Pasangan Bergu Utama : BAM kemungkinan akan mempertimbangkan rombakan keatas pasangan bergu utama.

Pasangan utama bergu Olimpik negara ini berkemungkinan berdepan dengan tindakan dirombak oleh pengurusan BAM selepas kekalahan mereka di Olimpik London 2012 tempoh hari..

Bam Pertimbang Rombak Pasangan Bergu Utama

“Kita akan membincangkan perkara ini. Mungkin kita akan bincang sama ada akan tukar pemain atau jurulatih. Gandingan mereka mungkin juga akan dirombak.

“Sememangnya kita mengharapkan Koo dan Tan dapat menyumbang sekurang-kurangnya pingat gangsa (pada Olimpik London) tapi mereka gagal,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Mohd. Nadzmi berkata, beberapa cadangan diterima daripada ahli majlis BAM yang mahu Kien Keat-Boon Heong dipisahkan supaya mereka diberi gandingan baharu.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh buat keputusan dengan tergesa-gesa. Kita kena kaji secara keseluruhan.

“Jika hanya melibatkan teknik permainan, agak merugikan jika mereka dipisahkan. Kita boleh meremajakan teknik permainan mereka,” jelasnya.

Menurut Mohd. Nadzmi, terdapat juga kemungkinan Kien Keat-Boon Heong mahu menukar pasangan.

“Kalau ini (betul) adalah lebih baik. Ia adalah untuk kebaikan mereka juga. Kalau mereka terus tidak berkembang… untuk apa kita perlu kekalkan mereka berdua,” katanya.

Pada perlawanan penentuan pingat gangsa acara beregu lelaki, Kien Keat-Boon Heong kalah 21-23 dan 10-21 kepada Chung Jae Sung dan Lee Yong Dae dari Korea Selatan.

Untuk rekod, pasangan adik-beradik, Razif dan Jalani Sidek menjadi beregu badminton lelaki yang menyumbangkan pingat Sukan Olimpik pertama kepada Malaysia pada edisi 1992 di Barcelona, Sepanyol dengan meraih gangsa.

Pada Olimpik berikutnya di Atlanta, Amerika Syarikat pada 1996, gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock berjaya meraih pingat perak.

 

Bam Pertimbang Rombak Pasangan Bergu Utama | Sukan @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: