Bayi 6 Bulan Kritikal Melecur Teruk Terbakar

by Harian Malaya on 15 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Bayi 6 Bulan Kritikal Melecur Teruk Terbakar : Seorang bayi berusia 6 bulan kritikal teruk terbakar diseluruh badan dalam satu kebakaran dirumah penjaganya.

Bayi 6 Bulan Kritikal Melecur Teruk Terbakar

BUTTERWORTH - Seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth dekat sini terbakar semalam.

Dalam kejadian 10.36 pagi itu, Y. Meysshvin, yang melecur 70 peratus di muka dan badan sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang rumah terbabit terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah.

Bagaimanapun, bayi tersebut diselamatkan oleh jiran berhampiran yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit.

Penjaga bayi itu, G. Sarojah, 48, berkata ketika kejadian bayi itu sedang tidur di dalam buaian dan dia tiada rumah.

“Saya tinggalkan bayi itu kerana saya pergi ke pasar yang terletak di bawah rumah. Apabila pulang saya dapati rumah saya telah terbakar,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada 12 tengah hari untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.36 pagi.

“Semasa kami sampai bayi berkenaan telah diselamatkan oleh jiran-jiran yang memecah masuk ke rumah itu,” katanya.

Mohamad Shoki berkata bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan 90 peratus rumah tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – Bernama

Eyriqazz Vs Denaihati

 

Bayi 6 Bulan Kritikal Melecur Teruk Terbakar   –  Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: