Biskut Raya Tasha Shilla Habis Dijual

by MediaKini on 15 August, 2012

in Info Artis

Share:

Biskut Raya Tasha Shilla Habis Dijual: Kedai milik artis yang berjiwa usahawan, Tasha Shilla ditutup awal kerana kesemua biskut rayanya sudah habis dijual.

Tasha Shilla Cantik Bertudung

Menurut Tasha Shilla yang merupakan pemenang Pelakon Baru Popular ABPH 2012, dia berjaya menjual kesemua stok biskut raya dalam simpanannya hanya dalam masa 2 minggu.

“Saya telah membuka kedai biskut raya saya selama 2 minggu dan kesemua stok telah pun habis dijual,”

Walaupun statusnya sebagai seorang selebriti, namun ia tidak langsung menghalang pelakon berjiwa usahawan muda untuk menjual biskut rayanya di kedainya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pelakon yang sering dikaitkan dengan gosip-gosip panas ini turut memberitahu, dia berupaya mendapat keuntungan diluar jangkaannya dimana dia memperoleh lebih dari RM5,000 sehari.

Sementara itu, Tasha Shilla memberitahu perniagaan itu bukan sahaja mampu menambah pendapatannya, malah dapat mendekatkan lagi dirinya dengan para peminatnya. - Biskut Raya Tasha Shilla Habis Dijual

5.0

Previous post:

Next post: