Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

by Harian Malaya on 16 August, 2012

in Info Agama

Share:

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri : Berikut adalah cara dan juga panduan untuk umat Islam bersolat sunat hariraya Aidilfitri.

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Ulamak berbeza pendapat tentang hukum solat Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia mereka berpegang kepada pendapat bahawa hukum solat tersebut adalah sunat mu’akkadah (solat yang dituntut).

Dibawah ini adalah cara dan panduan bagi orang Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri.

NIAT:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha

2)      Takbiratul Ihram

3)      Doa Iftitah

4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti   سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali.

5)      Membaca surah al-Fatihah

6)      Membaca Surah al-Qur’an

7)      Rukuk

8)      Iktidal

9)      Sujud

10)    Duduk antara dua sujud

11)    Sujud kali kedua

12)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1)      Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti    سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali.

2)      Membaca surah al-Fatihah

3)      Membaca Surah al-Qur’an

4)      Rukuk

5)      Iktidal

6)      Sujud

7)      Duduk antara dua sujud

8)      Sujud kali kedua

9)      Duduk untuk tahiyyat akhir

10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Terdapat hadis mengatakan para jemaah juga tidak diwajibkan untuk menghadiri khutbah Hari Raya ini. Oleh itu setelah selesai mengerjakan solat Hari Raya bagi seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut.

Bagaimanapun, adalah lebih baik untuk jemaah terus berada dimasjid mendengar khutbah bersama-sama umat Islam yang lain.

 

5.0

Previous post:

Next post: