Chong Wei kahwini Mew Choo pada 2013

by Black Hat on 28 August, 2012

in Info Sukan

Share:

Chong Wei kahwini Mew Choo pada 2013

BUKIT MERTAJAM - Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara juga, Wong Mew Choo mejelang tahun 2013.

Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 lagi ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.

Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan mereka lagi.

Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah pun berakhir dan mula merancang, ini memandangkan saya bukan lagi muda,” katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya – SUKAN @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: