Datuk Punch Gunalan Legenda Badminton negara meninggal dunia


Dukacita dimaklumkan bahawa bekas jaguh badminton negara, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya pada 15/8/2012 akibat barah. Gunalan, 68, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 6.20 pagi di pusat perubatan yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya itu selepas terlantar sakit tenat sejak dua minggu lalu.


Mendiang meninggalkan balu, P. Vijeyakumari, 64, dan seorang anak lelaki, Roshan Gunalan, 36, yang kini merupakan seorang doktor ortopedik. Gunalan merupakan antara pemain badminton yang paling berbakat dalam acara perseorangan dan beregu yang pernah dilahirkan di negara ini apabila menyumbang beberapa butir pingat untuk negara pada beberapa kejohanan badminton antarabangsa.

Penglibatan cemerlang Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran (1961-1963). Sumbangan terbesar beliau ialah pernah muncul juara pada kejohanan badminton berprestij All England dalam acara beregu lelaki bersama pasangannya, Ng Boon Bee pada tahun 1971.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top