PELAKON cilik dan berbakat Erin Malek yang kini sudah pun mencecah zaman remaja, baru dia ini membuat pengakuan umum melalui rancangan hiburan Galaxy menerusi siaran TV9 bahawa sudah bertindik di lidah dan bertatu.
Sempat juga Erin Malek menunjukkan lidah dan tindik yang dibuatnya. Namun dalam masa yang sama, dia menjelaskan bahawa tatu tersebut bukanlah berjenis kekal, ianya hanya berjenis sementara yang mana boleh didadati melalui kedai-kedai art.
Ditanya sama ada tatu yang ada di badannya boleh kelihatan di badannya kalau memakai T-Shirt, ini jawapan Erin Malek.
“Mana ada orang buat buat tatu tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatu tak bagi orang nampak, untuk apa buat tatu.”
Nur’Arina Abdul Malek yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Senjakala dan Congkak, adalah anak jati kelahiran Kuala Lumpur dan kini telahpun menjangkau usia 18 tahun.
Jangan Menghukum
Dalam pertemuan media lainnya, wartawan ada menemubual pelakon ini dan dia meluahkan isi hatinya.
“Ada orang cakap i jadi macam ni kerana bapa i kahwin lain, ada yang mendakwa i jenis sosial & bermacam lagi yang dilemparkan kepada i. i mengaku buat salah kerana bertindik di lidah, i mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak & sebagainya. Tetapi, i bukan jenis sosial.
“i jenis yang buat salah sekejap je, lepas tu insaf balik. Sebagai remaja, ada perkara yang dilakukan oleh i merupakan benda yang tidak dirancang. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Keluarga juga tau apa yang I lakukan, mereka tetap menegur i. Cuma, ada masanya apabila i geram, i akanrebel,” kata Erin Malik dalam nada serius.
“Walau bagaimanapun, Erin akan tanggalkan tindik ini apabila terlibat dengan lakonan,” jelas Erin Malik mengenai tahap profesional sebagai pelakon.
Erin Malik memaklumkan bahawa dia bersikap positif terhadap apa sahaja dakwaan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.
- HIBURAN @ forblogger.net.


