Fara Pertimbang Saman Blogger Lain

by Harian Malaya on 5 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Fara Pertimbang Saman Blogger Lain : Noorfarashikin Othman, iaitu Fara bekas isteri Hattan mungkin pertimbang saman blogger lain.

Noorfarashikin Othman, atau lebih mesra dipanggil Fara berkata tindakan saman dilakukan bagi memberi pengajaran kepada blogger lain berikutan fitnah yang dilakukan keatas diri beliau dulu.

Fara Pertimbang Saman Blogger Lain

Tindakan ini dilakukan memandangkan reputasi Fara yang terjejas dengan penyebaran cerita yang tidak benar ini. Perkara ini menurut beliau tidak hanya melibatkan dirinya tetapi turut menjejaskan bisnes yang sedang beliau uruskan.

Bagi Fara, biarpun ada yang menganggap kes tersebut sudah lama berlalu tetapi perbuatan tidak bertanggungjawab pihak terbabit mendiamkan diri selepas insiden berkenaan turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.

Fara yang ditemani peguam Amir Hamzah Arshad dan Nizam Bashir, ketika ditemui wartawan baru-baru ini meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Fara juga tidak menganggap tindakan saman tersebut sebagai trend, tetapi mahu membersihkan namanya yang sudah tercalar akibat perbuatan blogger tersebut.

“Saya melakukan semua ini bukan kerana duit. Tak usah bercakap soal wang RM1 juta itu tetapi apa yang mereka lakukan pada saya lagi teruk. Orang mula curiga dengan saya dan percaya bulat-bulat. Yang lagi teruk apabila ia turut menjejaskan bisnes saya!

“Saya yang bercerai dan hanya saya dan bekas suami yang tahu apa terjadi. Penyebaran fitnah seperti itu memang tidak boleh dimaafkan memandangkan mereka langsung tak bagi respons apabila pihak peguam saya mengambil tindakan awal sebelum ini.

“Ini adalah pengajaran kepada mereka. Saya bukan artis dan saya bukan selebriti yang perlu mereka jadikan mangsa. Harap-harap tindakan undang-undang ini mampu memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dengan apa juga penyebaran berita selepas ini,” kata Fara lagi.

Sementara itu, bagi peguam Amir Hamzah pula, pihaknya telah menghantar surat tuntutan kepada Oh Bulan sebelum ini tetapi tidak mendapat maklum balas. Oleh kerana pihak tersebut berdiam diri, maka tindakan lain harus diambil untuk meneruskan kes berkenaan.

“Kira-kira dua minggu lalu kami telah memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan masih menanti pernyataan pembelaan daripada pihak mereka. Bukan tidak ada cara lain yang boleh dilakukan tetapi mereka hanya berdiam diri.

“Kalau boleh kami mahu menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkmah. Tak mengapa, setidak-tidaknya ini menjadi bukti yang anak guam kami sudah pun mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum meneruskan kes berkenaan.

“Mereka (pihak terlibat) menulis tanpa mengambil kira kesahihan berita itu. Tidak ada sesiapa pun yang menghubungi anak guam kami untuk mendapatkan penjelasan atau bertanyakan tentang kesahihan penyebaran cerita yang tidak benar itu.

“Kami juga berharap pihak media, blogger dan laman web hiburan tempatan beretika dan lebih bertanggungjawab kepada apa yang mereka tulis,” kata Amir Hamzah yang mewakili firma guaman Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.

Fara Pertimbang Saman Blogger Lain - Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: