Baru sahaja beberapa minggu lepas Beego meluahkan perasaan terhadap media, bahawa karier seni beliau seperti dibunuh oleh kontroversi yang sering melanda diri beliau selama ini.
Belum lagi tamat perbicaraan isu khalwat beliau di mahkamah, Beego nampaknya sekali lagi diuji lagi dengan dakwaan liar yang mula di tersebar menerusi portal hiburan ROTIKAYA.
Dalam portal tersebut, dua keping gambar yang mula tersebar (seperti dibawah) menunjukkan seorang lelaki yang didakwa sebagai sangat mirip akan pelakon bernama Beego, bersama rakan rakan-rakan beliau berseronok di sebuah kelab hiburan.
Malah menurut sumber yang mendakwa diri sebagai teman kepada rakan Beego, gambar ini dirakamkan sekitar minggu lalu ketika ramai masih dalam mood Aidilfitri.
Sekurang kurangnya ini bukan gambar bogel ala Putera Harry kan? Harapnya ini muka pelanduk dua serupa yang entah datangdari mana. Jika kami lihat sekilas pandang, memang iras Beego. Namun jika tenung dua kali, seakan bukan dan lelaki tersebut lebih berusia - GOSIP ARTIS via rotikaya.



{ 2 trackbacks }