Gambar Empayar Kematian Perancis – France’s Empire of the Dead

by Harian Malaya on 8 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Gambar Empayar Kematian Perancis - France’s Empire of the Dead  : Berikut adalah koleksi gambar Gambar Empayar Kematian Perancis – France’s Empire of the Dead.

Sebuah bandar raya di Perancis mempunyai satu daya unik tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia.

Terowong bawah tanah ini juga dikenali dengan nama France’s Empire of the Dead/Empayar Kematian Paris.

Terowong bawah tanah ini telah dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris.

Menurut laman web CNN, pada 1786, kawasan perkuburan di Paris didapati tidak lagi mempunyai ruang untuk menanam mayat.

Ketika itu, mayat-mayat tersebut terpaksa dikebumikan berhampiran dengan kediaman manusia.

Terowong bawah tanah itu terdapat di Place Denfert-Rochereau dekat daerah Montparnasse di sini.

Sesiapa yang didapati menceroboh masuk ke dalam terowong sejauh 249.44 kilometer itu akan dikenakan denda sebanyak 60 euro (RM230.88) oleh beberapa anggota polis yang ditugaskan mengawal terowong itu.

Sila lihat koleksi gambar Empayar Kematian Perancis dibawah.

Gambar Empayar Kematian Perancis – France’s Empire of the Dead  | Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: