Gambar Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal

by MediaKini on 10 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Gambar Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal: Kad jemputan kahwin Ustaz Don Daniyal yang sangat sempoi.

Sebelum ini, Ustaz Don Daniyal telah mengakui dia telah bertunang dengan wanita pilihannya setelah ditanya oleh pihak Berita Harian. Namun begitu, beliau tidak menyatakan bilakah tarikh perkawinan mereka berdua tersebut akan dilangsungkan.

Melalui satu laman blog peribadi, Melyssanadiea, satu gambar yang menunjukkan kad jemputan perkahwinan Ustaz Don Daniyal telah dikongsikan. Melalui gambar tersebut, dapat dijangkakan yang mereka akan melangsungkan pernikahan mereka tidak lama lagi kerana sudah ada kad jemputan perkahwinan dihantar kepada kenalan terdekat.

Tahniah kepada Ustaz Don Daniyal yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Kita doakan semoga perancangan mereka untuk melangsungkan perkahwinan akan dipermudahkan. – Gambar Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal

5.0

Previous post:

Next post: