Gambar Makhluk Pelik Serupa Monyet dijumpai


Mengejutkan apabila seorang wanita telah menemui seekor haiwan yang agak ganjil dari segi bentuk fizikalnya yang menyerupai monyet. Haiwan yang dikatakan tidak pernah dijumpai ini, ditemui sedang asyik mencuri timun dari salah sebuah rumah di kawasan tersebut. Sekali pandang mirip seperti kucing. Namun bentuk badan fizikalnya sangat besar. Haiwan ganjil dan pelik ini kemudiannya ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis.



Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya. Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya. Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Bbeberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu. Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar. Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini. “Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,”

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top