Gambar Najib Dan Isteri Tunaikan Umrah

by MediaKini on 14 August, 2012

in Info Terkini

Share:

Gambar Najib Di Mekah Tunaikan Umrah: Gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri bersama-sama rombongan dari Malaysia telah menunaikan umrah pada isnin lepas.

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di tanah suci Mekah pagi semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) hari ini, memulakan atur cara beliau dengan menunaikan ibadah umrah.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam di serata dunia serta memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.

Sidang kemuncak anjuran Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz itu berlangsung di As-Safa Palace yang terletak bersebelahan Masjidil Haram dan ia bermula selepas solat tarawih kira-kira jam 11 malam sehingga waktu bersahur kira-kira jam 4 pagi mulai malam ini dan juga esok.

Kesemua 57 pemimpin dan wakil negara anggota OIC telah mengesahkan akan menghadiri sidang kemuncak luar biasa tersebut.

Najib dijadualkan akan menyampaikan kenyataan pendirian Malaysia terhadap isu yang bakal dibangkitkan dalam sidang kemuncak itu. — Gambar Najib Dan Isteri Tunaikan Umrah

5.0

Previous post:

Next post: