Gambar Pertama Anak Rini, Maryam Joanna binti Johanis : Inilah gambar pertama anak Rini, Maryam Joanna binti Johanis yang telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 9 Ogos lalu.
Oleh kerana baby yang dikandung Rini ini agak besar dengan anggaran berat 4.25kg, doktor terpaksa lakukan pembedahan untuk melahirkannya.
Menurut Rini pengalaman bersalin kali pertama adalah sesuatu yang baru dan cukup bermakna buat dirinya. “Pertama kali tengok wajah anak, saya menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat.
Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik, sebaik saja lahir, ‘baby’ kami sudah pandai menyusu badan,” ujar Rini yang mengakui sedih tidak dapat menikmati juadah raya tahun ini kerana perlu berpantang.
Sepanjang berada di hospital Rini turut ditemani suami dan kembarnya Rina yang juga dijangka akan bersalin pada bulan Oktober tidak lama lagi.
Gambar Pertama Anak Rini, Maryam Joanna binti Johanis - Hiburan @ Forblogger




