Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid

by Black Hat on 8 August, 2012

in Info Agama

Share:

HANTU tanpa kepala di Masjid – Berikut adalah gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid. Ianya bukanlah gambar hasil dari karya fotoshop atau editor lainnya, memang benar dan ramai yang biasa melihatnuya.

Fenomena hantu tanpa kepala misteri ini bukan sesebuah masjid sahaja, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Bertambah misteri lagi, apa kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki sangat sinonim dengan kejadian susuk tubuh manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita. Berikut adalah gambar hantu tanpa kepala.

Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid

Eyriqazz Vs Denaihati

Malahan jelmaan ini selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka setiap peringatan dan seru pada umat Islam ketika itu, kerana setiap khutbah yang disampaikan itu adalah sangat penting serunya dan natijahnya, namun sikap ini menjadi fenomena.

Bukanlah hendak menuding jari, namun sekadar salah satu inisiatif menyedarkan. Bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan. Amin – oleh Huzaifah Melayukini.

5.0

Previous post:

Next post: