Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad

by Harian Malaya on 11 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad : Satu imej menyerupai hantu tertangkap di taman belakang rumah menerusi Ipad.

Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad

Charlotte Wearing, 16, mendapat kejutan besar apabila gambar yang beliau ambil menggunakan ipadnya di belakang rumah keluarganya  menunjukkan imej kabur seorang lelaki yang memakai topi tinggi dan bermisai tebal.

Imej lelaki itu, yang telah digelar Jack, dikatakan sering melawat ke rumah keluarga Ward Green Barnsley secara kerap sejak empat tahun yang lalu.

Sebelum ini, Charlotte juga pernah melihat seorang wanita berselendang, berpakaian biru sambil memegang bayi di dalam bilik ibu bapanya pada tahun lepas.

Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad

Charlotte dan ibunya Gillian bergambar dikawasan hantu bertopi itu muncul

Gillian [ibu Charlotte] percaya pasangan itu kemungkinan mempunyai kaitan kepada Jack. Dia berkata: “Saya fikir dia sebenarnya sedang mencari isteri dan anaknya, sebab tu dia sering kelihatan”.

Bagaimanapun, Charlotte berkata dia akan berasa lebih gembira sekiranya tidak melihat hantu itu muncul didepannya.

Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad – Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: