Hanya Umno mampu satukan Melayu, kata Dr M

by Black Hat on 10 August, 2012

in Info Politik

Share:

Hanya Umno mampu satukan Melayu, kata Dr M

HANYA Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di Malaysia dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana, Parti Umno yang mula dengan politik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan sahaja.

“Dulu kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik, namun kita tetap kuat dengan cara itu. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju dan kini dirasai kebanyakan rakyat.

“Ini adalah hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada sebarang niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok Bandar di Baling semalam.

Turut hadir bersama, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dr Mahathir berkata kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak lagi terlalu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan terancang  yang memberi impak pada kalangan kaum berkenaan.

“(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir kuasa dan diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang datang ke pejabatnya suatu ketika dahulu untuk menyertai Umno.

5.0

Previous post:

Next post: