Himpunan Janji Bersih 30 ogos 2012 Tidak Dihalang

by Black Hat on 13 August, 2012

in Info Politik

Share:

Himpunan Janji Bersih 30 ogos Tidak Dihalang

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di JPM) berkata, kerajaan tidak menghalang ‘Himpunan Janji BERSIH’ yang akan diadakan pada 30 ogos ini sekiranya ia dibuat secara aman dan bertamadun kali ini.

Beliau berkata, perhimpunan aman dibenarkan kerana ia telahpun termaktub dalam Akta.

Perhimpunan Aman dan penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada. “Kita (kerajaan) tiada masalah sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Aman. Apa yang penting penganjur tidak membabitkan isu politik dalam perhimpunan tersebut,” katanya selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi Program ‘Ihsan Ramadan dan Aidilfitri’.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini - POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: