Hudud-Ilmu hantar surat rasmi kepada Nik Aziz

by Black Hat on 28 August, 2012

in Info Politik

Share:
Hudud-Ilmu hantar surat rasmi kepada Nik Aziz Fathul Bari Mat Jahaya

SHAH ALAM – Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu) telah menghantar Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi belum mendapat respons rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.

Pengerusi Ilmu, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar pada 6 Jun yang lalu berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno.

Menurutnya Fathul Bari, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.

“Surat untuk muzakarah kita telah hantar kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari.

Fathul Bari telah mempelawa Nik Abdul Aziz untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini pada 26 Ogos lalu.

Beliau berkata, rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Jadi,perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu.- Poilitik @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: