Hujan Air Batu di Jertih,Terengganu : Hujan air batu di Jertih, Terengganu beberapa hari lepas telah mengemparkan penduduk setempat.
Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Jertih, Terengganu terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda kampung mereka beberapa hari yang lalu.
Dalam kejadian hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.
Saksi, Wan Azha Wan Ahmad, 50, berkata, kejadian hujan air batu berserta ribut itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan mengambil air batu tersebut untuk melihatnya.
Menurutnya, kejadian itu amat jarang berlaku menyebabkan ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.
“Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit,” katanya.
Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam tahun ini.
Manakala bagi seoramg lelaki yang juga merupakan peniaga kedai barangan elektrik di bandar Jertih, Foo Fay Jong, 50, turut mendakwa seketul air batu sebesar bata jatuh di atas jalan raya di bandar itu berhampiran kedainya pada masa kejadian.
Bagaimanapun katanya mujur ia tidak menimpa orang ramai.
Hujan Air Batu di Jertih,Terengganu – Info Riadah @ Forblogger


{ 2 trackbacks }