Izara Aishah Jadi Duta Burger king

by MediaKini on 25 August, 2012

in Info Artis

Share:

Izara Aishah Jadi Duta Burger king: Pelakon wanita iras pelakon Bollywood, Izara Aishah kini sah menjadi duta baru kepada restoran francais makanan segera terkemuka dunia, Burger King.

Menurut Izara Aishah, dia mempunyai sebab mengapa dia menerima tawaran duta Burger King berbanding produk lain.

“Izara rasa ini adalah platform terbaik buat Izara untuk mendekatkan diri dengan peminat dan jadi lebih mesra kerana Burger King adalah jenama makanan yang terkenal. Orang akan ingat Burger King dan orang akan ingat Izara Aishah.

“Lagipun Burger King mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan reputasi yang bagus dan Izara merasakan ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menjadi duta kepada Burger King,”.

Izara Aishah mula mendapat perhatian setelah kemunculannya di dalam siri Vanilla Coklat sesudah 2 bulan dilantik menjadi duta Burger King. Malah, dia juga adalah duta kepada produk kecantikan Secret Garden dan fesyen Cosry Purple Label. – Izara Aishah Jadi Duta Burger king

5.0

Previous post:

Next post: