Jejai Juarai 2 Perlumbaan Lamborghini Asia: Suami kepada pelakon, Fasha Sandha, Jejai mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi dua perlumbaan dalam kejohanan “Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia”.
Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang merupakan pemandu daripada pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia itu menewaskan 18 pelumba lain dari seluruh Asia untuk memenangi perlumbaan yang diadakan di Ordos, China itu.
Kejohanan berkenaan pertama kali diadakan di Asia iaitu di Asia Litar Antarabangsa Sepang Mei lalu.
Dalam pada itu, Fasha Sandha yang turut menemani suaminya dalam kejohanan itu menganggap kemenangan Jejai adalah rezeki perkahwinan mereka dan anak dalam kandungan yang kini berusia kira-kira tiga bulan.
“Alhamdulillah syukur, kemenangan ini juga hasil daripada doa daripada keluarga kami. “Kiranya, berbaloi juga kerana inilah kali pertama saya beraya di luar negara tanpa keluarga.
“Tahun ini juga merupakan sambutan Aidilfitri yang paling seronok. Insya-Allah saya dan suami akan membuat majlis rumah terbuka bergabung dengan dua orang artis lagi,”
Menurut Fasha lagi, dia dan suami akan berangkat ke Guandong China pada 15 September depan untuk kejohanan seterusnya. - Jejai Juarai 2 Perlumbaan Lamborghini Asia

