Kelab Eropah Minat Asraruddin Putra Omar | Setelah Nazmi Faiz menyertai kelab Portugal, SC Beira-Mar pada Mei lepas, kini kelibat pemain negara terus mendapat perhatian kelab antarabangsa dengan terbaru pertahanan kiri Harimau Malaya dan Selangor, Asraruddin Putra Omar berkemungkin mengikut jejak Nazmi bermain bersama kelab Eropah.
Kelab Eropah Minat Asraruddin Putra Omar
Asraruddin Putra Omar, 24, kini dilaporkan menjadi perhatian dua kelab Eropah iaitu Internacional FC dari Liga Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), yang berpusat di Santander. Kelab berkenaan telah menyuarakan minatnya secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Urban Bash Sport Management, Faliq Firdaus rundingan terhadap Asraruddin masih pada peringkat awal kerana kelab Internacional hanya baru bertanyakan harga serta soal gaji yang akan ditawarkan. - Kelab Eropah Minat Asraruddin Putra Omar
