Kembar Siam Di Kepala Sertai Rancangan Realiti TV : Seorang kembar siam yang melekat di kepala telah dipelawa untuk menyertai satu program rancangan realiti tv.
Kembar tersebut yang pernah disahkan oleh para doktor hanya mampu hidup selama 2 hari sahaja telah membuktikan kesilapan ramalan doktor, malah kini mereka semakin dikenali ramai dengan penyertaan terbaru mereka di sebuah program realiti TV.
WASHINGTON – Doktor mengesahkan pasangan kembar siam perempuan yang dilahirkan 22 tahun lalu di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu hidup kurang dari dua hari.
Namun, Abigail dan Brittany Hensel menyangkal andaian itu, apabila kedua-duanya masih hidup sehingga ke hari ini.
Pasangan kembar yang berkongsi badan tetapi mempunyai jantung, paru-paru dan kepala berasingan menarik perhatian sebuah stesen televisyen apabila ditawar menjadi pelakon utama sebuah rancangan realiti.
Program itu memaparkan situasi selepas bergelar graduan Universiti Bethel Minnesota, mencari pekerjaan dan mengembara merentasi Eropah bersama rakan-rakan.
Kembar Siam Di Kepala Sertai Rancangan Realiti TV – Info Riadah @ Forblogger




{ 1 trackback }