Kerana Rempeyek Raya, Anak Teruk di Belasah

by Black Hat on 11 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Kerana Rempeyek Raya, Anak Teruk di Belasah : Hanya kerana merosakkan rempeyek untuk persiapan hari raya nanti, seorang ibu engamuk membelasah anaknya dengan teruk sekali.

Kerana Rempeyek Raya, Anak Teruk di Belasah

KUALA LUMPUR: Berang kerana kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya yang hanya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.

Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan.

Kerana Rempeyek Raya, Anak Teruk di Belasah

5.0

Previous post:

Next post: