Kerana Rindu, Isteri Ameng Menangis Setiap Hari

by Harian Malaya on 8 August, 2012

in Info Artis

Share:

Kerana Rindu, Isteri Ameng Menangis Setiap Hari : Kerana terlalu rindu, Sabariah Zakariah saban hari menangis mengenangkan suaminya Ameng yang di penjara.

Ameng, telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah bermula pada April tahun lalu [2011].

Kerana Rindu, Isteri Ameng Menangis Setiap Hari

Sabariah berkata, ketiadaan Ameng bagi menjalani hukuman penjara di Kluang, Johor benar-benar membawa kesan dalam kehidupannya apatah lagi terpaksa menjaga anak tunggal mereka, Wan Ahmad Haizal, 5, secara sendirian.

“Bukan mudah untuk menempuh kehidupan tanpa suami. Hampir setiap hari saya menangis, tetapi mengenangkan anak yang tidak tahu apa-apa, saya cuba pendam perasaan sedih itu daripada dilihat anak.

Eyriqazz Vs Denaihati

“Sukar untuk menggambarkan perasaan rindu saya terhadapnya. Saya hanya mampu berdoa dan kuatkan semangat diri agar fikiran lebih tenang serta dapat membesarkan anak sebaik-baik mungkin.

“Jika sebelum ini saya runsing memikirkan bagaimana mahu menyara keluarga memandangkan sebelum ini saya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi alhamdulillahlah sekarang ini saya mampu menampung keluarga dengan wang hasil kerja sebagai guru tadika,” katanya.

Tambah Sabariah, lebih sebak lagi apabila tahun ini merupakan kali kedua dia dan anaknya terpaksa beraya tanpa Ameng dan mereka hanya dibenarkan melawatnya pada Hari Raya ketiga.

Malah, kedatangan Ramadan turut mengingatkannya bagaimana gelagat Ameng yang gemar ke bazar membeli juadah berbuka puasa bersama.

“Setiap kali Ramadan, perasaan saya lebih sebak daripada biasa. Habis semua memori lalu diimbas kembali bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya.

Isteri Ameng Menangis Setiap Hari Rindukan Ameng

“Saya ingat lagi, setiap kali membeli juadah berbuka, lauk gulai kawah antara makanan yang wajib dibeli Ameng,” ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan Ameng di penjara, Sabariah berkata suaminya menjalani hukuman seperti yang ditetapkan dan dia sentiasa menjaga tingkah laku kelakuan diri agar hukuman yang dikenakan dapat dikurangkan.

“Saya ada melawat Ameng pada Ramadan pertama (21 Julai 2012). Keadaannya seperti biasa dan lebih tenang,” katanya.

Pada 12 April lalu Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan berkaitan dadah.

Kerana Rindu, Isteri Ameng Menangis Setiap Hari | Hiburan @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: