Kertas Al Quran Saluti Mercun

by Harian Malaya on 5 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Kertas Al Quran Saluti Mercun : Kertas pembalut mercun menggunakan al quran.

Beberapa buah desa di Aceh telah menemui perbuatan tidak bertanggung jawab setengah pihak iaitu membalut mercun menggunakan kertas yang tertulis ayat-ayat suci al quran.

Kertas Al Quran Saluti Mercun

Penemuan yang berlaku di Panton Labu, Matang Kuli dan Nibong disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam.

Permulaan kes itu ditemukan di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya.

“Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran.

“Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua MPU, Tgk Ramli Syam berkata, cebisan yang ditemui oleh Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran.

Mercun disaluti dengan kertas al quran

“Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera,” katanya.

Kertas Al Quran Saluti Mercun – Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: