Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan

by MediaKini on 25 August, 2012

in Info Sukan

Share:

Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan: Pejaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dikhabarkan mengalami kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Menurut sumber yang diperoleh dari laman twitter Astro Awani, Khairul Fahmi Che Mat Atau lebih dikenali dengan nama Apek telah cedera dalam satu kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kampung Badak, Bachok Kelantan tengah malam kelmarin.

Selain itu, Kelantan FA melalui akaun Facebook mereka telah mengirimkan sekeping gambar kereta berjenama Audi yang didakwa milik Apek yang terlibat dalam kemalangan semalam.

Sekiranya berita tersebut benar, pihak Forblogger mendoakan semoga Apek atau Khairul Fahmi Che Mat selamat dan cepat sembuh dari kecederaan. - Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan

5.0

Previous post:

Next post: