Kosmo Siar “Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta”

by Black Hat on 8 August, 2012

in Info Sukan

Share:

Kosmo Siar "Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta"

KOSMO yang menyiarkan tajuk “Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta” dikritik penyokong jaguh badminton itu dan masyarakat yang mana sangat menyanjung semangat Chong Wei ketika bermatian demi mengharumkan nama negara pada Final Badminton Olimpik London 2012 lepas.

Majoriti rakyat Malaysia turut terguris akan heading muka hadapan yang telah akhbar Kosmo  pada muka hadapan edisi 6 ogos lepas. Ini dapat dilihat melalui ribuan status dan komen melalui mikro blog Twitter, Facebook dan lainnya.

Rata-rata rakyat Malaysia turut berasa kecewa atas kekalahan Chong Wei menentang Lin Dan pada perlawanan tersebut, sungguhpun begitu Chong Wei tetap menang dihati peminat atas kesungguhannya yang jelas bermain untuk Negara seterusnya menimbulkan rasa bangga rakyat Malaysia.

Justeru itu, tajuk “Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta” dianggap sebagai agak keterlaluan dan boleh mengundang lebih kekecewaan di hati peminat dan Chong Wei sendiri atas tanggapan dan spekulasi dari heading muka hadapan akhbar tersebut. Ini kerana peminat Chong Wei tidak berasa jaguh itu bermain untuk habuan RM4 juta semata-mata – SUKAN @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: