Lee Chong Wei Layak Ke Final Olimpik

by MediaKini on 3 August, 2012

in Info Sukan

Share:

Lee Chong Wei Layak Ke Final: Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara yang juga merupakan pemain nombor satu dunia layak ke final badminton Olimpik 2o12.

Harapan untuk memperoleh ganjaran lumayan yang berupa jongkong emas seberat 12.5kg yang bernilai lebih dari RM2 juta bakal tercapai jika Datuk Lee Chong Wei mengalahkan lawannya di final badminton Olimpik 2012.

Baru sahaja tadi, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long, rakan senegara musuh tradisinya, Lin Dan. Beliau menang kedua-dua perlawanan dengan mata 21-13 dan 21-14. Beliau bakal berhadapan dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua diantara Lin Dan dan Lee Hyun Il.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau menempa nama ke final sukan Olimpik London 2012.  Semoga Lee Chong Wei dapat membalas kekecewaan beliau sebelum ini setelah gagal di arena Piala Thomas dan All England. - Lee Chong Wei Layak Ke Final Olimpik

 

5.0

Previous post:

Next post: