Malaysia mahu OIC selamatkan Syria

by Black Hat on 14 August, 2012

in Info Terkini

Share:

Malaysia mahu OIC selamatkan Syria

MAKKAH – Malaysia akan mendesak OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) mengambil langkah lebih serius untuk menyelamatkan Syria daripada terus hancur akibat konflik yang melanda negara itu kini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan menyuarakan pendirian dan gesaan tersebut dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Makkah yang bermula hari ini.

“OIC haruslah mengambil langkah positif dan lebih tegas lagi untuk menyelamatkan Syria dan bukan sekadar mengambil tindakan politik sahaja,” kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC anjuran Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud dan persidangan itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia dan memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan didunia.

Persidangan tersebut  berlangsung di As-Safa Palace yang terletak bersebelahan Masjidil Haram dan bermula selepas solat tarawih sehingga waktu bersahur.

Mengenai laporan media yang memetik bahawa Syria digantung daripada menganggotai OIC pula, Najib berkata perkara tersebut turut akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini dan pendirian Malaysia ialah mahu Syria terselamat daripada kehancuran dan OIC harus membela nasib umat Islam di negara yang sedang bergolak itu.

Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu dipetik oleh AFP sebagai berkata Syria yang sedang dilanda peperangan kini tidak akan diwakili dalam sidang kemuncak itu.

Konflik di Syria bermula pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan awam iaitu sebahagian daripada kebangkitan ‘Arab Spring’ yang lebih meluas dan merebak kepada pemberontakan di seluruh negara, serta perang saudara pada 2012 dan berlanjutan hingga kini.

Penunjuk perasaan mendesak supaya pemerintahan Parti Ba’ath yang berkuasa hampir lima dekad ditamatkan lebih awal di samping peletakan jawatan Presiden negara itu, Bashar al-Assad.

Kerajaan Syria mengerahkan angkatan tenteranya untuk menumpaskan pemberontakan itu dan tentera dilaporkan juga tentera turut diarahkan supaya melepaskan tembakan ke arah orang awam.

Konflik 17 bulan itu mengorbankan lebih 21,000 nyawa, menurut kumpulan pemantau.-BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: