Muzikal Khas Ziana, Amy & Erra di Hari Raya TV3



Istimewa sempena Aidilfitri 2012, admin mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana menyediakan beberapa program menarik buat tatapan seisi keluarga. Barisan penghibur hebat tanah air seperti Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira tampil menggamatkan raya pertama dalam Muzikal Khas Ziana, Amy & Erra.

Penonton akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu popular tiga bintang mega itu berselang-seli antaranya Sangkar Cinta, Pertemuan, Kerja Gila, Hanya Di Mata, Cinta Diam-Diam, Saat Ku Idamkan, Berpisah Jua dan Menadah Gerimis.

Menurut penerbit dan pengarah program tersebut, Nurul Huda Khalid: "Sudah menjadi tradisi TV3 menyediakan program menarik bersempena Aidilfitri. Meriah dan kecoh keletah Ziana, Erra dan Amy sudah tentu menepati cita rasa penonton." Persembahan dihangatkan lagi dengan penampilan istimewa Jaclyn Victor, Ezlynn dan Azlan The Typewriter menerusi rangkaian lagu Pawana, Jendela Hati dan Kekal. Selain menyanyi, mereka akan melakonkan semula babak menarik filem Zombie Kampung Pisang, Sembilu, Isabella dan Maria Mariana.

Tidak ketinggalan aktiviti iaitu cabaran membuat kuih raya sebelum diakhiri dengan persembahan lagu-lagu raya antaranya Seloka Hari Raya dan Suasana Hari Raya. Jangan ketinggalan saksikan Ziana, Amy dan Erra pada hari raya pertama, 19 Ogos 2012 pukul 6 petang.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top