Nasihat Akhil Hayy Untuk Artis ‘Berhijrah’

by MediaKini on 7 August, 2012

in Info Artis

Share:

Nasihat Akhil Hayy Untuk Artis ‘Berhijrah’: Ustaz Akhil Hayy memberi nasihat kepada golongan artis yang baru berhijrah supaya tidak dipergunakan oleh ahli politik.

Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Ustaz Akhil Hayy berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

“Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya sendiri ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat atau ceramah.

“Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen untuk menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

“Memang digalakkan untuk kita berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi sebagai artis kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik,”

Menurut Ustaz Akhil Hayy lagi, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Namun begitu, golongan artis yang berhijrah ini perlulah berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

“Saya rasa, usahlah kita nak beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

“Walaupun dalam Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dadulu sebelum kita ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, akan ada satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu dahulu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa yang lain pula,”

- Nasihat Akhil Hayy Untuk Artis ‘Berhijrah’

5.0

Previous post:

Next post: