Nik Aziz tak hairan jika Nasharudin keluar Pas

by Black Hat on 16 August, 2012

in Info Politik

Share:

Nik Aziz tak hairan jika Nasha keluar Pas

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar Pas setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.

“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang sudah berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh pindah masuk Umno, jadi sama juga Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Forblogger.net semalam memaparkan gambar Nasharudin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi menerusi patan link [Timbalan Presiden Pas Akan Umum Masuk Umno] ini .

Selain menyatakan cadangan Pas keluar PAKATAN RAKYAT ekoran DAP menolak hudud dan menafikan Malaysia sebagai negara Islam, Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang oleh Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mat Sabu, dipercayai ekoran dari pendiriannya itu.

Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada berterusan menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama

5.0

Previous post:

Next post: