Norish Karman Sah Lahirkan Anak: Pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengakui telah melahirkan anak setelah sebelum ini sering menafikan perkara tersebut.
Sebelum ini, Norish Karmanatau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya tentang kesahihan gambar beliau bersama seorang bayi yang didakwa anaknya dan menganggap cerita tersebut adalah fitnah semata-mata .
Namun begitu, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.
Anak lelaki Norish Karman yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.
“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” kata NK.
Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.
Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.
Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.
Namun, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang sudah berlalu.
“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok tersebut. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya. - Norish Karman Sah Lahirkan Anak


{ 1 trackback }