Norman Nafi Akan Rujuk Semula Dengan Abby : Norman Hakim menafikan laporan beliau akan rujuk semula dengan Abby berikutan pertemuan mereka bertiga baru-baru ini.
Norman tidak mahu memberi apa-apa komen tentang isu rujuk semula dengan Abby. Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.
“Sepatutnya isu-isu sebegini perlu ditanya dahulu kepada tuan badan sendiri.
“Jangan terlalu percaya, selagi saya dan Abby tidak memberi apa-apa jawapan, anggap sahaja ia spekulasi daripada orang ramai dan ianya tidak benar sama sekali,” kata beliau.
Norman menambah: “Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya.”
“Dan, saya akan sentiasa memastikan keluarga saya mempunyai hala tuju yang baik dalam memastikan keharmonian keluarga saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu Norman menambah, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.
Norman Nafi Akan Rujuk Semula Dengan Abby – Hiburan @ Forblogger

