Noryn Aziz Akui Isteri Kepada Raja Bahrin

by Harian Malaya on 2 August, 2012

in Info Artis

Share:

Noryn Aziz Akui Isteri Kepada Raja Bahrin : Penyanyi Noryn Aziz secara rasminya akhirnya mengakui status beliau sebagai isteri kepada arkitek terkenal Raja Bahrin.

Noryn Aziz atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, sebelum ini tidak pernah bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.

Noryn Aziz Akui Isteri Kepada Raja Bahrin

Menurut  Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.

“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.

“Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini,” kata Noryn.

Tambah Noryn, dia dan Raja Bahrin telah berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010.

Noryn Aziz Akui Isteri Kepada Raja Bahrin

Pernikahan Noryn dengan Raja Bahrin telah menamatkan kehidupan janda beliau selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya.

Noryn Aziz Akui Isteri Kepada Raja Bahrin

Noryn Aziz Akui Isteri Kepada Raja Bahrin Forblogger @ Hiburan

5.0

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: