JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa berasa amat mustahil beliau beraksi di Olimpik 2016. namun akan mempertimbangkannya sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik ketika itu.
“Untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 agak mustahil bagi saya. Saya pun taknak fikir jauh lagi, saya nak tumpukan pada game yang terdekat dahulu.
“Tapi sekiranya fitness saya berada dalam keadaan baik dan stabil, saya akan cuba beraksi untuk negara.
“Apa-apa pun, ia bergantung kepada tahap kecergasan kerana temasya Olimpik empat tahun lagi, umur saya sudah menjangkau 34 tahun ketika itu,” jelas Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.
Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat rakyat Malaysia yang masih memerlukan khidmat beliau untuk beraksi pada temasya Olimpik pada 2016 nanti.
Ketibaan Chong Wei yang disambut hampir 1,000 peminat di KLIA hari hari ini melahirkan rasa terkejut dan gembira beliau apabila melihat sokongan padu rakyat Malaysia terhadapnya.
“Saya betul-betul terharu di atas kehadiran penyokong hari ini. Malah, kehadiran mereka membuatkan kekecewaaan saya terubat setelah gagal menyumbangkan emas kepada negara.
“Malah kesudian mereka juga membuktikan rakyat Malaysia mampu menerima kekalahan saya walaupun ada segelintir peminat yang kecewa,” jelasnya yang berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila tidak jemu memberikan sokongan padu kepadanya selama ini – SUKAN @ forblogger.net.

